Friday, November 30, 2007

wahai kau cinta - 14

saat ini seharusnya aku menjabat erat tangan papamu, sebagai tanda ikhlas akadku untuk memperisterikanmu. tetapi aku saat ini jauh di seberang lautan. aku tidak berani menghubungimu. aku takut diriku tewas dengan suara kehampaan yang pasti kau sebut satu persatu. ah hanim, aku bukanlah pengecut yang lari daripada janji-janji, namun aku terperangkap dalam keterpaksaan.

malam itu, muzik kegemaranku berkumandang di setiap ceruk bilik tatkala aku berbaring sambil merenung kosong ke siling. entah apa yang aku fikirkan. mungkin aku memikirkan dirimu dan diriku dan masa depan kita yang belum pasti. ya, mungkin aku boleh menipu diriku begitu. haha, lucu. tiba-tiba aku cuba berjenaka pula dengan diri sendiri. aku tidak boleh membohongi diriku lama-lama kerana aku sedar, setiap detik hanya ada rieska diingatanku.

jeritan telefon bimbit hampir tenggelam dalam hingar muzik. mujur sahaja ia menjerit disertakan getaran yang akhirnya mengejutkan aku. nama azri terpampang di skrin. tiba-tiba aku diserang kebimbangan yang tak bertepi. kuperlahankan stereo komputer lalu menjawab panggilannya.

"hello azri"

"hai.." aku mengesan suatu kelainan daripada nada suara azri.

"aku ada kat kl lagilaa, kalau ko nak ajak pergi dangdut" aku tertawa kecil dengan jenaka yang kucipta untuk mengurangkan rasa bimbang.

"fariz..aku tatau nak cakap macam mana ni. errr.." sedikit pun azri tidak bertindak balas dengan jenakaku.

"apa yang serius sangat ni? company kita tiba2 bankrup ke? aduhh, macam mana aku nak sara anak bini nanti?" aku masih cuba membuat lawak jenaka.

"fariz.." aku akhirnya diam, otakku tiba-tiba buntu untuk mengeluarkan jenaka lain. kudengar azri menarik nafas panjang dihujung talian.

"fariz..rieska kemalangan. dia koma sekarang ni" aku masih diam, mungkin aku menunggu azri menyambung dengan mengatakan yang dia hanya bergurau.

"fariz? hello hello!"

"ya aku ada ni. dia kat mana?"

"rumah sakit mitra international"

"ok azri. thanks" aku terus menekan butang end call.

lama aku duduk tidak bergerak setelah menamatkan panggilan. hingar muzik tidak lagi kudengari. kurasakan dunia sepi. aku tidak tahu apa yang harus kulakukan. di mataku terbayang senyum rieska yang manis. ah, akankah kulihat lagi senyum itu? aku kemudian beristighfar panjang.

"ya Tuhan, berikanlah kesempatan kepadaku untuk melihat lagi senyum manis kesukaanku itu.."

setelah itu aku tahu apa yang harus kulakukan. aku duduk di hadapan komputer lalu membuka laman web MAS, mencari penerbangan terawal ke jakarta. ada. jam 4 pagi esok. kemudian aku mengemas pakaian sepersalinan. passport antarabangsa kusimpan di dalam beg. nah, segala persiapan sudah selesai, hanya perlu memberitahu ibu.

"kau dah gila? tinggal 5 hari je lagi kau nak nikah. ibu tak izinkan kau pergi!" kemarahan ibu sudah kujangka.

"ibu..saya bukan nak batalkan perkahwinan saya pun..kalau terpaksa sangat, tangguhkan je laa dulu"

"kau ingat kahwin tuh benda main2? ibu dah tanya banyak kali dulu, dah bersedia ke, kau cakap dah. ni senang2 kau nak lari"

"ibu..saya bukan lari. saya terpaksa. ibu tak izinkan pun saya tetap harus pergi!" lalu aku tinggalkan ibu dan mengunci diri di dalam bilik. ketukan2 yang datang tidak kuiraukan.

aku terbang ke jakarta walau tiada keizinan ibu. aku tinggalkan ibu untuk menjelaskan segala-galanya kepada keluarga hanim. aku tahu aku bersalah tetapi aku terpaksa. entah apa yang hanim rasa ketika ini, aku tidak mahu ambil tahu. yang aku mahu hanya senyuman manis rieska.

aku menghela nafas panjang. tangan rieska yang sedikit dingin kugenggam. wajah polosnya yang sedikit pucat kutatap penuh kasih. kata doktor mereka tidak tahu kenapa rieska masih tidak sedarkan diri setelah kemalangan itu. tiada kecederaan dalaman atau luaran yang teruk. cuma mungkin kerana kepalanya terhentak lalu dia mengalami concussion. mungkin sahaja dia sedar sebentar lagi. atau mungkin dia tidak akan sedar buat selamanya.

tanpa kusedari dua titisan hangat mengalir di sudut mataku...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home