Friday, November 30, 2007

wahai kau cinta - 14

saat ini seharusnya aku menjabat erat tangan papamu, sebagai tanda ikhlas akadku untuk memperisterikanmu. tetapi aku saat ini jauh di seberang lautan. aku tidak berani menghubungimu. aku takut diriku tewas dengan suara kehampaan yang pasti kau sebut satu persatu. ah hanim, aku bukanlah pengecut yang lari daripada janji-janji, namun aku terperangkap dalam keterpaksaan.

malam itu, muzik kegemaranku berkumandang di setiap ceruk bilik tatkala aku berbaring sambil merenung kosong ke siling. entah apa yang aku fikirkan. mungkin aku memikirkan dirimu dan diriku dan masa depan kita yang belum pasti. ya, mungkin aku boleh menipu diriku begitu. haha, lucu. tiba-tiba aku cuba berjenaka pula dengan diri sendiri. aku tidak boleh membohongi diriku lama-lama kerana aku sedar, setiap detik hanya ada rieska diingatanku.

jeritan telefon bimbit hampir tenggelam dalam hingar muzik. mujur sahaja ia menjerit disertakan getaran yang akhirnya mengejutkan aku. nama azri terpampang di skrin. tiba-tiba aku diserang kebimbangan yang tak bertepi. kuperlahankan stereo komputer lalu menjawab panggilannya.

"hello azri"

"hai.." aku mengesan suatu kelainan daripada nada suara azri.

"aku ada kat kl lagilaa, kalau ko nak ajak pergi dangdut" aku tertawa kecil dengan jenaka yang kucipta untuk mengurangkan rasa bimbang.

"fariz..aku tatau nak cakap macam mana ni. errr.." sedikit pun azri tidak bertindak balas dengan jenakaku.

"apa yang serius sangat ni? company kita tiba2 bankrup ke? aduhh, macam mana aku nak sara anak bini nanti?" aku masih cuba membuat lawak jenaka.

"fariz.." aku akhirnya diam, otakku tiba-tiba buntu untuk mengeluarkan jenaka lain. kudengar azri menarik nafas panjang dihujung talian.

"fariz..rieska kemalangan. dia koma sekarang ni" aku masih diam, mungkin aku menunggu azri menyambung dengan mengatakan yang dia hanya bergurau.

"fariz? hello hello!"

"ya aku ada ni. dia kat mana?"

"rumah sakit mitra international"

"ok azri. thanks" aku terus menekan butang end call.

lama aku duduk tidak bergerak setelah menamatkan panggilan. hingar muzik tidak lagi kudengari. kurasakan dunia sepi. aku tidak tahu apa yang harus kulakukan. di mataku terbayang senyum rieska yang manis. ah, akankah kulihat lagi senyum itu? aku kemudian beristighfar panjang.

"ya Tuhan, berikanlah kesempatan kepadaku untuk melihat lagi senyum manis kesukaanku itu.."

setelah itu aku tahu apa yang harus kulakukan. aku duduk di hadapan komputer lalu membuka laman web MAS, mencari penerbangan terawal ke jakarta. ada. jam 4 pagi esok. kemudian aku mengemas pakaian sepersalinan. passport antarabangsa kusimpan di dalam beg. nah, segala persiapan sudah selesai, hanya perlu memberitahu ibu.

"kau dah gila? tinggal 5 hari je lagi kau nak nikah. ibu tak izinkan kau pergi!" kemarahan ibu sudah kujangka.

"ibu..saya bukan nak batalkan perkahwinan saya pun..kalau terpaksa sangat, tangguhkan je laa dulu"

"kau ingat kahwin tuh benda main2? ibu dah tanya banyak kali dulu, dah bersedia ke, kau cakap dah. ni senang2 kau nak lari"

"ibu..saya bukan lari. saya terpaksa. ibu tak izinkan pun saya tetap harus pergi!" lalu aku tinggalkan ibu dan mengunci diri di dalam bilik. ketukan2 yang datang tidak kuiraukan.

aku terbang ke jakarta walau tiada keizinan ibu. aku tinggalkan ibu untuk menjelaskan segala-galanya kepada keluarga hanim. aku tahu aku bersalah tetapi aku terpaksa. entah apa yang hanim rasa ketika ini, aku tidak mahu ambil tahu. yang aku mahu hanya senyuman manis rieska.

aku menghela nafas panjang. tangan rieska yang sedikit dingin kugenggam. wajah polosnya yang sedikit pucat kutatap penuh kasih. kata doktor mereka tidak tahu kenapa rieska masih tidak sedarkan diri setelah kemalangan itu. tiada kecederaan dalaman atau luaran yang teruk. cuma mungkin kerana kepalanya terhentak lalu dia mengalami concussion. mungkin sahaja dia sedar sebentar lagi. atau mungkin dia tidak akan sedar buat selamanya.

tanpa kusedari dua titisan hangat mengalir di sudut mataku...

Friday, November 02, 2007

wahai kau cinta - 13

rieska hayati itu bagaikan merpati yang terbang bebas. sesekali dia singgah hinggap, lalu kemudian terbang lagi. aku yang terpesona dengan keindahannya, berusaha mecari jalan supaya dia tidak terbang lagi. kudekatinya perlahan-lahan sambil mempamerkan keindahan taman hati yang ingin kutawarkan. sedikit demi sedikit dia mendekat. kini rieska singgah hinggap di taman hatiku.

"aku sudah ngak mau terbang lagi mas" sampainya kepadaku.

"aku sudah lelah, sudah capek" dia senyum sambil memandang tepat ke arahku.

"kamu yakin?" aku meminta kepastian.

"yaa, yakinlah" katanya tanpa ragu.

aku yang kemudiannya mengurung dia di taman hatiku. dan dia bahagia dikurung begitu.

"yaa, aku kan ngak pernah menyangka aku akan bahagia begini" ujarnya sambil pura-pura melepaskan keluhan yang berat. aku ketawa besar. dia hanya tersenyum memerhatikanku. sebetulnya ketika itu, hatiku dipenuhi pelbagai warna indah. kebahagiaan tiba-tiba mengasak. juga mungkin ada riak bangga kerana akhirnya aku dapat mengurung hatinya.

lalu mau aku apakan dengannya kini?

rieska masih tidak tahu dilema yang melanda diri. dia tidak pernah bertanya atau mahu tahu kehidupan silamku. lalu aku tidak pernah bercerita kepadanya tentang dirimu. kau yang telah aku kategorikan sebagai sebahagian kisah silam. kisah-kisah sebelum aku bertemu rieska setepatnya.

rieska tidak banyak soal mengapa aku pulang ke malaysia.

"pantas aja ah kamu pulang. pastinya kamu kangen sama famili kamu kan?" itu kenyataan yang dia berikan tatkala aku bertanya, kenapa dia tidak mempersoalkan kepulanganku. aku seterusnya diam, tidak tahu mahu menyambung perbualan itu. aku juga jadi buntu tentang bagaimana harus aku memulakan cerita yang bakal meremukkan hatinya. aku tidak ingin melihat riak duka di sepasang mata indahnya.

"rieska, kamu tak takutkah kalau pacarmu yang ganteng ini digoda perempuan lain?" aku cuba-cuba bertanya nakal.

"ah kamu ini mas" hanya itu yang mampu dia ucapkan disulami dengan gelak tawa yang bersungguh-sungguh benar.

"kenapa kamu ketawa?" tanyaku tidak puas hati.

"kamu mau aku jadi cemburu?" soalnya serius sambil memandang tepat ke dalam mataku.

"mas, kamu itu bukan milik aku deh. kamu itu pantasnya dikatakan hanya milik tuhan. kalau ada pun makhluk yang mahu mengaku memilikimu, pastilah itu hanya ibumu. ya ngak?" sambungnya lagi setelah aku hanya diam.

"jadinya kamu tak kisah?" aku menyoal lagi, masih belum berpuas hati.

"mas, jodoh itu kan di tangan tuhan. tapi aku yakin deh, cinta kamu itu hanya bulat ke aku. ngak bisa di bagi2 kepada yang lain" dia senyum lalu menggenggam erat tanganku seolah2 cuba enyampaikan kepercayaannya kepadaku.

"kalau aku mencintai yang lain..?" aku cuba-cuba bertanya lagi.

"mungkin aku mati aja menunggu kamu di sini" dia menjawab dengan bersahaja. aku menelan air liur yang terasa sangat pahitnya.

dan engkau hanim, sahabat paling rapat yang pernah aku miliki. riak engkau yang aku lihat dalam diri rieska menambahkan lagi cintaku kepadanya. aku kira, memusnahkan kebahagiaan aku untuk digantikan dengan kebahagiaanmu tidaklah membawa banyak erti. nilai kasih sayangku kepada dirimu tidak tertara dengan apa yang ada pada diriku. kasih sayang yang bukan cinta itu kini membelit diriku.

elok2 semasa kita melihat2 cincin tempahan di kedai, rieska menelefoniku. entah bagaimana hati perempuannya bagai terasa-rasa ada sesuatu yang tidak kena. dari nada suaranya aku tahu
dia bimbang.

"mas, kamu sihatkan?"

"lebih daripada sihat. nanti kau lihatlah pacarmu ini sudahjadi gendut!" kataku cuba2 bercanda. kudengar dia tertawa perlahan, sekadar mengambil hatiku mungkin.

"mas, aku bimbang..."

"eh, kenapa?"

"ah, ngak apa2lah. mungkin hanya perasaanku. ah, aku ini kangen berat sama kamu" aduannya bagai anak panah yang memanah pedih hatiku. rieska, andainya kau tahu..

"itulah, aku mahu beri potretku yang besar buat ditampal di dinding kamarmu, kamu ngak mahu" aku cuba mengusik. dia ketawa di hujung sana, bunyi merdu yang aku tidak tahu apakah aku masih mampu mendengarnya lagi. saat itu mataku tertancap dengan renungan sayu yang sukar aku mengertikan daripadamu, hanim.

"err, rieska, aku lagi sibuk ni. nanti aku hubungi kamu semula ya manis. jangan nakal2 ya. daa" lalu aku cepat2 menamatkan panggilan itu.

kau seakan jauh hati denganku selepas itu. kau terus mengajak aku pulang. kau terus memanjangkan diam di dalam perjalanan pulang. aku sudah tidak tahu bagaimana hendak memujukmu, kerana hatiku sendiri luka teruk!

pandangan sayu matamu menghantar aku pergi. pandangan sayu seolah2 aku takkan kembali lagi.

tiba-tiba aku digigit keraguan dengan keputusanku sendiri.

Tuesday, September 18, 2007

wahai kau cinta - 12

cincin berjalur emas putih dengan taburan berlian halus diletakkan dihadapan kita. aku kira aku terpesona dengan kilauan cantik yang datang daripada cincin itu. kau cuma memandang sekilas sebelum menoleh ke arah lain. aku sempat melihat riak resah di wajahmu. aku mengeluh perlahan di dalam hati. bagaikan terasa sama di dalam hatiku segala beban dihatimu. cinta, adakah aku terlalu mendesakmu? mendesakmu memilih diriku lalu mengorbankan kebahagiaanmu?

telefon bimbitmu menjeritkan lagu jepun kesukaanmu sewaktu aku mengacu cincin ke jari manisku. aku sempat melihat riak kegembiraan yang melintas sejenak di wajahmu sebelum kau memilih untuk mematikan panggilan. sebentar kemudian telefon itu menjerit lagi, dengan nada dering yang serupa.

"angkatla telefon tu" saranku tanpa berbasa-basi.

"sekejap ye"

lalu kau keluar daripada kedai untuk menjawab panggilan. aku sedikit terguris dengan perlakuanmu. apakah yang ingin kau rahsiakan daripadaku wahai cinta? dikejauhan aku dapat melihat kau bercakap dengan wajah yang ceria. lesung pipit kesayanganku yang amat kurindui itu mendalam lalu menambahkan kemanisan wajahmu. ketika itu aku kembali melihat dirimu yang dulu, yang amat kurindu.

entah bagaimana, tiba-tiba matamu menikam tepat ke mataku yang asyik dengan gelagatmu. aku yang asyik mencuri pandang dengan seribu macam rasa yang bergolak di jiwa. alangkah pedihnya hatiku bila senyumanmu terhenti. kau melihat jam di tangan lalu cepat-cepat menghabiskan panggilan. tanpa bertanya aku tahu siapa yang menghubungimu. ombak-ombak cemburu menghempas keras di jiwaku.

"cincin ni ok. ambil je lah. lepas ni kita balik terus ek. rasa macam tak sedap badan" kataku sebelum sempat kau melabuhkan punggung kembali di sebelahku.

ada riak terkejut di wajahmu. dan mungkin ada riak bersalah di situ. kau membuka mulut mungkin untuk memberi kenyataan membela diri tapi cepat-cepat kutepis.

"aku penat la. banyak sangat jalan-jalan shopping kot. ada yang sikit-sikit lagi ni esok lusa laa sambung"

"tapi kan minggu depan kita dah.."

"esok pun boleh lagi" pintasku sebelum sempat kau habiskan kata-kata.

kau memandang aku lama. mungkin kau cuba membaca detak hatiku. kemudian kau mengangguk lalu cepat-cepat menghabiskan urusan dengan jurujual. sewaktu melangkah keluar daripada kedai, kau raih lagi tanganku namun aku menarik kembali tanganku itu dari genggamanmu. kau tidak berkata apa-apa, cuma melangkah pantas disebelahku.

kita diam dalam perjalanan pulang. aku sibuk meladeni hati dan perasaanku yang berperang. engkau mungkin juga sama sepertiku.

"hanim..ko marahkan aku?" kau cuba memecahkan kesunyian.

"kenapa nak marah?" ah, daripada cara aku menjawab pun pasti kau tahu perasaanku.

"aku tak layan kau dengan cukup baik masa kita keluar tadi?" kau cuba-cuba meneka apa yang mengganggu diriku.

"hmmm" aku malas untuk memanjangkan cerita lagi.

kau diam sesudah itu. mungkin kau buntu memikirkan ayat-ayat yang sesuai untuk menyejukkan hatiku yang panas. ayat untuk memujuk diriku yang merajuk dan berkecil hati tanpa kau tahu puncanya. agaknya.

ingin sekali aku tanyakan padamu, ikhlaskah kau melamar aku tempoh hari. namun aku memilih untuk diam kerana hati kecilku sibuk pula bertanya, betulkah keputusan aku yang mendesak kau memilihku. akan bahagiakah aku melihat kau memendam rasa, mengenepikan kebahagianmu demi aku. benarkah aku memang tidak boleh hidup tanpa dirimu?

sejenak selepas soalan terakhir itu terlintas dibenakku, aku tersentak. ya, benarkah begitu? benarkah aku tidak mungkin mencintai lelaki lain? benarkah tiada lelaki lain yang boleh memberikan kebahagiaan kepada diriku? benarkah hatiku hanya mau kau sahaja tanpa tolak ansur dan timbang rasa. dan benarkah akhirnya aku akan dapat melembutkan hatimu supaya mencintai aku sedalam cintaku padamu.

"kita dah sampai" suaramu mengejutkan aku.

"nak masuk dulu?" aku berbasa-basi setelah melihat mama yang keluar menjengok dari muka pintu menggamit-gamit memberi isyarat menyuruh aku mengajak kau singgah.

"takpelah. dah lambat dah ni. esok nak keluar lagi kan" kau menolak lembut sambil membuat isyarat sudah lewat kepada mama yang masih beriya-iya di muka pintu.

aku diam lalu mencapai beg plastik di tempat duduk belakang. tanpa apa-apa pesanan aku melangkah meninggalkan kau.

"esok dah siap nak keluar tuh call ek" pesanmu pantas.

aku hanya mengangguk tanpa memberi jawapan. kau mengangkat tangan kepada mama sebelum memandu pergi. entah mengapa kurasakan seolah-olah kau tidak akan kembali lagi.

aku ingin menangis namun air mata terasa mahal mahu menitik keluar.

Wednesday, December 13, 2006

wahai kau cinta - 11

rieska hayati. indah nama itu, seindah empunya diri. aku tak mampu menahan panahan asmara yang terbit daripada sepasang mata bundar itu. aku juga tak mampu menahan getaran rasa yang menjelma tiap kali ku dengar gemersik suaranya. entah mengapa, saat itu, aku terkenangkan dirimu. terlintas segala falsafah cinta yang sering kau sampaikan padaku. segala pendapat tentang cinta yang kau tanyakan padaku. jatuh cintakah aku?

"kamu kenapa mas?" tanyanya hairan. sedang aku tersipu-sipu menahan rasa malu yang entah kenapa bertandang saat itu. mungkin aku malu kerana terang-terang ditangkap dia yang sedar aku merenung dirinya terlalu lama.

"ah, kamu ini rieska. harus-harus sudah bertambah yang nge-fan kamu ni" celah azri sambil tersenyum-senym memandang ke arah kami berdua.

"ada-ada aja kamu ini mas azri" balasnya sambil tertawa mengekek, yang sangat merdu bunyinya di pendengaranku.

"rieska, ini aku kenalkan, temanku dari malaysia. baru aja sampai ni. ganteng bukan?"

"ganteng banget. saya rieska mas. rieska hayati." dia menjawab sambil menghulurkan tangannya yang putih mulus ke arahku.

"faris." jawabku sepatah sambil menyambut huluran tangannya. sepasang mataku masih tidah puas meratah wajah bersih itu. ah, lembut dan hangat sekali kurasa tangan itu.

"mas.." tegurnya perlahan. oh, baru kusedari, tangannya masih dalam genggamanku. kulepaskan perlahan. kulihat ada sedikit rona-rona merah mencemar pipinya yang putih bersih itu.

"rilex ah faris. tak lari gunung dikejar. tak begitu rieska?" usik azri.

dia senyum manis. saat itu aku tahu hatiku sudah dimiliki dirinya. entah kenapa pula tiba-tiba aku terkenangkan dirimu. aku jadi malu sendirian bila memikirkan keangkuhan aku yang menolak cinta. aku yang dulu mendabik dada didepanmu, mengatakan yang aku tidak percayakan cinta. nah, kini cinta muncul di depanku.

sejak hari perkenalan itu, aku makin kerap menghubungi dirinya. aku cuba menawan hatinya, seperti dia menawan hatiku. lalu kami kerapkali pula meluangkan masa untuk keluar bersama. untuk kali pertama dalam hidupku, ingin sekali aku nyatakan padanya seluruh perasaanku yang menguasai hatiku ini.

"rieska.." panggilku perlahan, sedikit berdebar-debar.

"ya mas" dia senyum manis, menambahkan debaran di dadaku.

"aku rasa aku sudah jatuh cinta pada kamu" aku berterus terang.

"aduh mas, manis sekali ayat kamu" senyumannya semakin lebar sambil menampar manja lenganku.

"aku serius ni.." kutangkap tangan yang menampar lenganku lalu kugenggam erat. sedikit rona merah mencemar keputihan pipinya itu.

"mas.." dia mengeluh perlahan. aku membiarkan sahaja dia menarik tangannya dari genggamanku. kutunggu kata-kata seterusnya terbit dari bibir mungil itu.

"mas, kamu baik sekali" katanya tiba-tiba.

"lalu?"

"mas, aku masih muda. aku ngak mau diikat. aku ngak mau pacaran melulu. aku harap mas faham" katanya lembut.

kurasakan bagai ada satu bebanan yang menyakitkan menghimpit hatiku. kupaksa diri untuk terus tersenyum.

"mas.." dia memandangku penuh harap.

"ya" suaraku terasa sumbang.

"kita jadi teman aja deh" dia pula yang menarik tanganku lalu ditepuk2nya mesra.

"rieska.." tiba-tiba timbul pula keazaman di hatiku.

"ya mas?"

"aku akan berusaha memenangi hatimu. aku berjanji!"

"waduh mas, kok serius sekali" dia menyambut janjiku dengan gelak ketawa yang sungguh-sungguh.

"aku ngak bohong ni!"

dia berhenti ketawa. pandangannya tepat menusuk mataku. lalu dia mengangguk perlahan.

"mas, kita berteman aja dulu. apa-apa yang terjadi di masa depan, yaa, aku serahkan aja pada Tuhan" tulus ayat itu.

aku kembali tersenyum. sudah kusemai benih cinta di jiwanya. yang perlu aku lakukan hanyalah menjaganya agar bercambah subur.

hingga suatu malam itu, di saat aku menghantar dia pulang, tiba-tiba hinggap satu ciuman di pipiku.

"mas, aku ngak pernah berasa gembira seperti saat ini. saat kamu berada di sisiku. mas, ku kira aku sudah jatuh cinta"

dia terus keluar daripada kereta tanpa menunggu jawapanku.

"hati-hati ya mas. daaa" dia memberi lambaian sambil menghadiahkan aku sekuntum senyuman paling manis. hatiku tiba-tiba penuh dengan perasaan yang sukar aku gambarkan.

perasaan dicintai dan mencintai sepenuh hati.

Monday, July 17, 2006

wahai kau cinta - 10

tiga bulan. ayat itu yang ibumu bisikkan ke telingaku kala menyarung cincin ke jari manisku. ayat yang sama kau sebut perlahan saat aku menghantar kau di klia. ya, tiga bulan sebelum aku bergelar isteri kepada kau yang aku cintai. entah mengapa, tiada kegembiraan di situ. yang kurasa hanyalah hari-hari yang kelam suram. gembirakah aku cinta, jika aku merampas kebahagiaan dan impianmu?

mereka, raka-rakan sepejabat menjeling-jeling cincin di jari manisku. juga mengusik-ngusik aku. aku hanya mampu melemparkan senyuman hambar kepada mereka. rina yang bimbangkan aku, semakin kerap meluangkan masa bermalam di rumahku.

"kau pindah ajerla sini" usikku di suatu hari. rina hanya mencubit lenganku tanda protes dengan usikanku itu.

kau tidak lagi aku hubungi. jeritan hati yang merindukan kau, tidak lagi aku pedulikan. kau juga tidak menghubungi aku. mungkin kau masih marahkan aku, yang bertindak membabi buta tempoh hari. mungkin juga kau menyesal. sesekali ada ibumu menghubungi aku. membincangkan itu ini tentang hari bahagia kita nanti. aku hanya sekadar mengiyakan setiap cadangannya.

seminggu sebelum majlis, kau pulang. atas desakan keluarga, kita keluar bersama, menyelesaikan beberapa perkara yang belum selesai untuk majlis kita nanti. saat pertama kali aku melemparkan pandangan kepada kau yang berada di dalam kereta, untuk menjemputku keluar, hatiku berdebaran kencang. kau yang aku rindu sudah berada di hadapan mataku.

kita bagai orang asing selepas itu. sama-sama terdiam, seakan-akan kehilangan kata-kata. aku yang dulu, rajin berceloteh itu dan ini, masih lagi dihambat rasa bersalah. lalu, apa yang aku lakukan hanyalah meneliti seraut wajahmu yang amat aku cintai itu. kau, masih sama seperti dahulu. cuma sinar nakal dalam matamu yang sudah hilang. juga senyuman manis yang mengundang lesung pipit kesayanganku itu. tiba-tiba aku rasa kehilangan. aku kehilangan kau yang dulu!

"kenapa pandang aku macam tu?" tanya kau setelah beberapa minit aku menghabiskan masa melukiskan wajahmu di dalam hatiku.

"saje. takkan pandang tunang sendiri pun tak boleh? karang pandang lelaki lain, ada pula yang marah" aku cuba bergurau. namun, apa yang aku dapat hanya senyuman hambar daripadamu.

"kau sihat hanim?"

"eh? kenapa tanya macam tu?"

"kau, nampak pucat jer" balasmu perlahan.

aku mengangkat bahu perlahan.

"kenala diet, karang tak muat masuk baju pengantin" aku masih cuba memancing tawamu yang dulu.

"diet pun, kenala jaga kesihatan. ni macam dah tak cukup darah" nasihat kau padaku, serius. cinta, mana tawamu?

"aku ok. janganlah risau"

"hmmmm"

"faris..?"

"hmmm?"

"kau yakin kau tak menyesal?"

"kenapa nak menyesal?" kau tanya itu sambil matamu menikam tepat ke mataku untuk sejenak.

aku tunduk. tidak mampu untuk menjawab soalanmu itu.

"ibu pesan apa tadi?" kau cuba mengalih topik dan barangkali cuba menghalau suasana tegang antara kita.

"dia pesan, try cincin yang dah tempah tu. kalau ok, baru ambil. lepas tu ada sikit-sikit barang dia suruh beli. semua ada dalam list ni" aku mengeluarkan kertas dari beg tanganku.

"ok. kita pergi try cincin, baru pergi shopping" putusmu.

saat kita jalan beriringan menuju ke kompleks membeli-belah itu, kau capai tanganku lalu kau genggam. kehangatan genggamanmu itulah yang membuatkan air mataku bergenangan. alangkah bahagianya aku, jika tangan yang kau genggam ini, benar-benar milik orang yang kau cintai.

cintaku, bisakah kau mencintai aku seperti aku mencintaimu?

Tuesday, June 20, 2006

wahai kau cinta - 9

petang itu, di suatu waktu itu, kita duduk-duduk di tepian tasik. aku leka memandang orang lalu lalang. sesekali aku menyedut rokok dalam-dalam lalu menghembuskannya ke arah langit. kau pula leka membaca novel di tanganmu. sesekali kau tersenyum. mungkin ada yang mencuit hatimu saat itu. lalu tiba-tiba kau tutup novel itu. kau pandang aku tepat di mataku.

"macam mana ek perasaan di cintai sepenuh hati oleh seseorang?"

aku senyum mendengar pertanyaan itu. selebihnya, aku senyum melihat riak mukamu yang seakan penuh harap saat itu. penuh harap untuk dicintai seseorang. sengaja aku memilih untuk tidak menjawab pertanyaanmu itu. kau yang seakan kecewa kerana aku tidak menjawab, memandang jauh-jauh ke arah tasik pula.

"macam mana pula perasaan kehilangan seseorang yang amat kita cintai?" tanyamu perlahan, mungkin pertanyaan itu lebih kau tujukan kepada dirimu sendiri dan bukan kepada aku.

"faris.." panggilmu kemudian. suaramu perlahan sahaja.

"hmmm?"

"sakit sangat ke perasaan tu ek? betul ke kita boleh mencintai orang sampai tahap macam tu sekali ek? sampai tahap kita rasakan hidup kita tak lengkap kalau dia tak ada?" kau bertanya lagi tanpa putus asa.

"kenapa kau tanya macam ni?"

"takla, aku baca dalam novel ni.."

aku ketawa besar mendengar jawapanmu itu. memang sudah kuduga, itu semua berpunca daripada novel ditanganmu itu. kau mencebik, barangkali jengkel dengan tawaku itu.

"kau nak rasa ke macam mana?" dugaku.

"eeeeeeee, tak mau laaa" kau menggeleng-geleng laju.

"kau tak mau dicintai seseorang sepenuh hati?" sengaja aku berpura-pura salah faham, untuk mengusikmu.

"bukanlaa. aku tak mau rasa sakit kehilangan tu" kau menjawab. tulus sahaja bunyinya. aku senyum, malas hendak melayan anganmu itu.

"tapi kan faris.." kau diam di situ.

"kenapa?"

"kalau aku kehilangan kau pun, aku rasa aku akan jadi macam dalam novel ni"

aku tersentak sebenarnya saat itu. yakin benar hati ini menjerit, kau sudah jatuh cinta pada diriku. mungkin juga, saat itu sebenarnya kau sendiri tidak tahu kau sudah jatuh cinta padaku. mungkin juga kau tahu, tetapi kau memilih untuk tidak berterus-terang, lalu kau pilih untuk menghantar isyarat-isyarat tersirat seperti ini.

"kau rasa kau akan kehilangan teman baikmu ini?" sengaja aku tekankan perkataan 'teman baik' itu. kau menggigit bibir.

"takla, aku cuma kata 'kalau'"

"dah lah. jangan fikir panjang-panjang. kan tak jadi pun. kau aje yang susah hati" aku menasihatimu. kau tidak menjawab lagi, lalu kau kembali menatap novel di tangan.

lalu di hari-hari lain, semakin kerap pula kau memberi isyarat-isyarat, seakan-akan kau cuba menyatakan isi hatimu, yang mencintai aku. sedaya upaya juga, aku cuba mengelak. ya, aku sayangkan kamu. lebih dari rakan-rakanku yang lain. cumanya, hati aku ini tidak bisa kupaksa untuk mencintaimu.

saat aku menemui kekasih hatiku, nun jauh di bumi seberang ini, ada juga terdetik kebimbangan di hati ini. namun aku yakin, kau pasti akan berbahagia untukku. aku harap kau akan berasa bahagia untukku.

waktu pertama kali aku menyebut tentang dirinya, kau terdiam, lama. walaupun begitu, keyakinanku tidak luntur yang kau akan tetap bisa menerima kenyataan ini.

tahukah kau, betapa terkejutnya aku menerima panggilan telefonmu itu. kau nyatakan kau ada di lapangan terbang soekarno-hatta. lalu kemudian kau putuskan panggilan. seakan memberi kata putus kepada aku. 'datang atau..' ah, aku takut memikirkan 'atau' itu, lalu aku tanpa berlengah menuju ke lapangan terbang.

kau yang aku temui, duduk di bangku laangan terbang. mata kau pejam. sisa air mata mencemarkan kedua pipimu. matamu bengkak, lebam. riakmu yang masih lena itu menyentap hati ini. alangkah sayunya riakmu itu, seakan kau sedang mengalami penderitaan paling berat. aku duduk di sisimu, lalu ku panggil lembut namamu.

waktu kau buka matamu, sejenak itu ada cahaya kegembiraan di matamu yang basah. aku mengeluh. bukan kerana aku tidak suka kau ada di situ. aku mengeluh kerana aku teringat perbualan kita di tepi tasik tentang cinta, tentang penderitaan, tentang kehilangan. kau yang tidak mahu merasa kesakitan itu, saat ini sedang mengalaminya sendiri. aku mengeluh kerana aku tahu, akulah punca segala penderitaan dan kesedihanmu itu.

kau pula beranggapan aku sudah benci padamu. lalu bila kau menangis, aku juga ingin turut sama meraung. kesyahduan meruntun, menggigit hatiku. aku tidak tahan melihat air matamu. lalu aku peluk kau erat-erat. biarlah segala kesakitanmu itu, kau pindahkan kepada aku. biarlah tiada lagi air mata yang membasahi pipi.

air matamu itu membasahi kemejaku. lalu saat itu yakinlah aku, sungguh-sungguh kau mencintai aku sepenuh hati. lalu aku serba-salah. kau aku bawa berehat di hotel. kupastikan kau tidur. lalu kubelikan kau makanan. kupastikan kau makan. aku ingin dirimu yang dulu!

permintaan kau kemudiannya mengejutkan aku. sesuatu yang aku katakan dengan tidak serius, kau ambil berat rupanya.

sebenarnya, saat aku menyetujuimu, dan mengajak kau pulang, aku hanya pura-pura.

"faris..faris.." racaumu dalam tidur, disertai air mata yang menitis laju dipipimu.

saat itulah aku membuat keputusan ini. salah atau benar, apa yang aku tahu, aku tak mungkin membiarkanmu terus bergelumang di dalam penderitaan ini. hanim, kaulah temanku yang paling rapat denganmu. hanim, kaulah juga bakal ibu kepada zuriatku ini..

Friday, June 09, 2006

wahai kau cinta - 8

lama kau biarkan aku menangis. sudahnya, aku terlena keletihan. anehnya, bila aku terjaga kali itu, aku sudah tidak berasa apa-apa. sudah tidak berasa pedihnya hatiku yang luka. kulemparkan pandangan keseluruh bilik, kau tiada di situ. kuhela nafas, berat. di atas meja, ada satu kertas, yang barangkali pesanmu kepadaku. perlahan-lahan aku bangun dan mencapai kertas itu.

hanim,

rehatlah dulu. nanti aku datang balik.

-faris-

aku letakkan kembali kertas itu ke atas meja. perlahan-lahan aku melangkah ke bilik air. kubasuh mukaku yang sembab. kemudian aku membuka shower. lama aku berdiri di bawah rintik-rintik air itu. kucuba membasuh segala sisa-sisa keperitan ini. cinta, aku yakin dengan apa yang aku akan lakukan ini.

kau datang lagi dengan membawa makanan, kali ini dengan pakaian kerja. aku mengangkat kening sedikit, memandang ke arah kau.

"aku baru balik office. terus singgah sini bawak makanan untuk kau. kau mesti lapar kan? lunch pun tak makan kan?"

aku mengangguk, mengiyakan kata-katamu

"makanlah. aku kenyang lagi" kata kau sambil menghulurkan bungkusan itu.

aku sambut juga bungkusan itu, walau tidak sepenuh hati.

"faris.."

"hmmm?"

"pernahkah aku minta apa-apa dengan kau?"

"eh, selalu ajer kan? kalau tak cukup seposen dua waktu shopping ke makan ke, kan kau selalu minta" balasmu, kau berkata begitu sambil tertawa, mempamerkan lesung pipingmu.

aku diam, tidak turut serta tertawa seperti selalu. kau terus berhenti tertawa saat itu.

"kau ingat lagi, kau pernah kata, kalau boleh punya anak tanpa melalui alam perkahwinan, sudah pasti kau mahu"

"hanim.." suaramu bimbang berbaur sedikit amaran, seakan kau bisa membaca fikiranku saat ini.

"faris, aku faham, kau takkan boleh kasi hati kau pada aku. tapi aku ingin sesuatu darimu. sesuatu yang berharga darimu. aku inginkan zuriatmu faris.." sengaja aku berhenti di situ, cuba membaca reaksimu. kau hanya diam, tunduk memandang lantai.

aku pegang tanganmu. aku tunggu kau memandang tepat ke mataku.

"faris, aku merayu pada kau. tolonglah. hanya ini yang aku mahu darimu. aku rela faris, aku rela. asal aku punya sesuatu daripada kau"

kau mengeluh. kau alihkan pandangan daripada mataku, ke dinding dibelakangku.

"hanim, aku hantar kau balik malaysia yer? aku dah beli tiket tadi, flight pagi esok. aku dah ambil cuti 3 hari"

aku menggeleng-gelengkan kepala, laju.

"tidak faris. aku tak mahu balik. at least tidak sampai kau setuju dengan permintaan aku ni"

kau berdiri saat itu. lalu kau berulang-alik ke sana ke sini di dalam bilik itu. sekejap-sekejap kau picit-picit kepalamu. sekejap-sekejap kau merenung aku. sekejap-sekejap kau mengeluh.

"hanim, kita balik dulu. nanti sampai malaysia kita bincang lagi, ok?" kau cuba membuat tawaran kepada permintaanku.

"tidak faris. kalau kita balik, nanti kau akan tinggalkan aku di sana, tanpa jawapan. ingat faris, kalau kau buat macam tu, aku sedaya upaya akan cari kau lagi" aku menjawab dengan ugutan itu.

"hanim..kenapa jadi macam ni?" keluh kau.

aku cuma diam, sedang hati aku sudah menangis lagi. memangis kerana berperang, separuh kasihankan kau, separuh simpatikan aku. aku kuatkan hati. aku bulatkan hati yang sudah berbahagi itu.

"baiklah. tapi kita balik malaysia dulu, apa-apa pun" katamu pantas, mungkin bimbang aku memperlakukan apa-apa kepadamu saat itu.

"kau janji?"

"sejak bila kau sudah tak percayakan aku ni?"

aku diam sahaja mendengar kau berkata demikian.

sudahnya, kita terbang juga pulang ke malaysia. kau dan aku tidak banyak berkata-kata dalam penerbangan pulang. selebihnya, aku tidur sahaja, bila kau arahkan aku tidur.

kau yang mencari teksi sebaik sahaja keluar daripada kastam di klia. aku sedikit terkejut bila teksi tidak menghala ke rumah sewaku.

"faris?"

"kita pulang rumah parents kau" itu jawapanmu.

mama dan papa terkejut dengan ketibaan kita, apatah lagi dengan keadaanku yang sedikit tidak terurus itu. mama memeluk erat diriku setelah aku menyalami dan mencium tangannya.

"bila balik faris?" tanya papa berbasa-basi.

"tadi ni pakcik" jawab kau pendek.

"eh, masuklah, masuk" pelawa mama tiba-tiba, seakan baru tersedar kami masih di luar rumah.

aku melangkah terus ke bilik, membiarkan faris dengan papa. mama mengekoriku.

"kenapa ni hanim?" tanya mama lembut.

aku tidak menjawab. kurebahkan diri ke pangkuan mama. mama membelai-belai rambutku perlahan-lahan. mama tidak lagi menanyakanku apa-apa, mungkin memberiku peluang untuk bersuara sendiri. entah berapa lama aku dan mama begitu. waktu papa menjengok masuk, mama masih tak jemu-jemu membelai rambutku, penuh kasih sayang.

"faris melamar kamu tadi melalui papa" papa bersuara setelah menarik kerusi dan duduk berhampiran katilku.

aku bingkas bangun dari pangkuan mama. mama yang tercengang-cengang melemparkan pandangan bergilir-gilir antara aku dan papa.

"hanim, cuba cerita dengan mama, apa yang terjadi ni?" pinta mama.

papa angkat tangan, seakan cuba menghalang mama daripada terus bersuara.

"papa katakan padanya, kita nih orang melayu, beradat. papa minta dia tanyakan kamu secara beradat juga. kata dia, dia akan uruskan dengan ibu dan ayahnya. mungkin mereka datang esok atau lusa" sambung papa.

aku tersentak. tidak kusangka, ini pula yang kau lakukan. tidak pernah terlintas di fikiran kau akan membuat keputusan sebegini.

"biar hanim call faris dulu" aku bingkas bangun lalu mencapai telefon.

papa menggamit mama supaya meninggalkan aku seorang di dalam bilik.

"hello" suara kau kedengarannya letih sangat.

"faris?"

"hanim"

"kenapa?"

"bukankah ini yang kau minta?"

"aku tak minta kau korbankan diri untuk aku" kau tergelak di situ.

"hanim hanim. kenapa kau tak boleh fikir ke depan sikit?"

"kenapa?"

"kau ada parents, ada family, ada rakan-rakan. macam mana kau nak besarkan seorang anak luar nikah?"

aku diam.

"dan hanim.."

"hmmm?"

"kau ada agama" lembut sahaja suaramu yang menusuk masuk ke hatiku. dan saat itu cepat-cepat aku beristighfar. alangkah jauhnya aku dibuai kealpaan.

"aku akan cuba tunaikan permintaan kau yang satu ini hanim. bila lahir zuriat kita nanti.." kau tidak menghabiskan ayat itu.

"faris.."

"aku takkan memungkiri janji aku hanim. aku dah janji dengan kau" itu ayat terakhir darimu sebelum kau memutuskan panggilan.

cinta, adakah aku merosakkan hidup kau dan aku, hanya untuk kepentingan diriku sendiri? cinta, apa yang sudah aku lakukan? kupejamkan mata erat-erat, cuba membuang realiti jauh-jauh. sekurang-kurangnya untuk sementara waktu ini...

Thursday, June 08, 2006

wahai kau cinta - 7

sebenarnya, saat ini, apa yang ingin aku lakukan ialah memejamkan mataku, belayar ke alam mimpi lama-lama. mungkin nanti kau akan muncul di mimpi-mimpi indahku, lalu kau peluk erat diriku. atau kau genggam erat tangan ini dan membuat aku berasa selamat selamanya. mungkin juga bila aku terjaga, semua kenyataan yang pedih ini hilang tiba-tiba.

namun, bila kupejam mata ini, bayang-bayangmu yang hadir semakin mengundang sebak di hati ini. lalu rindu pula yang mengasa-asak jiwaku. lalu air mata yang kurasa sudahpun kering, tiba-tiba hangat membasahi pipi. cinta, mengapa harus hadirnya cintaku kepadamu ini?

beberapa hari itu, aku hidup seakan berada di dunia lain. segala pergerakkanku, segala tingkahku, segala bait-bait ayat yang keluar dari mulutku, semuanya bagai telah diprogram. rina bimbang. rakan-rakan sekerja ada juga yang bimbang. semuanya aku tidak pedulikan. rina sedaya upaya menemaniku setiap malam. sanggup dia mengemas pakaiannya lalu bermukim di rumahku pula, walau sudah kutolak lembut pelawaannya untuk menemaniku.

"rina, esok tak perlulah kau bermalam di sini" ujarku perlahan, malam itu.

"eh, takperla. aku pun bosan kat rumah tuh" tolaknya lembut.

"rina.."

"hmmm?"

"esok aku ke jakarta. dah ambil tiket dah on the way balik kerja tadik" terangku, sambil mataku memandang tepat ke luar tingkap, ke arah titis-titis hujan yang menuruni bumi, yang dipanah cahaya lampu jalan,

rina diam, lama.

"kau nak buat apa pergi sana?" lembut sahaja pertanyaan rina, namun tetap menyentak kalbuku.

"entahlah.." keluhku perlahan.

"kau pasti dengan tindakan kau ni?"

aku angguk-angguk perlahan. kurasakan panahan mata rina menikam wajahku. rina capai tanganku, lalu digenggamnya erat-erat.

"hanim..aku sentiasa ada untuk kau. kau sentiasa ada aku, selama-lamanya. ok?"

aku biarkan air mata mengalir membasahi pipiku untuk kesekian kalinya.

"aku rasa, aku perlu jumpa faris. aku perlu.." esak tangisku menjadi penutup ayatku. rina memeluk aku pula kali ini. diurut-urutnya lembut belakang badanku.

malam itu, rina pula yang bersusah-payah mengemaskan barang-barangku, sementara aku terperosok di sudut bilik memerhatikannya. cinta, hati dan jiwa ini sudah pun tiba di jakarta, sudah pun mencari kau di sana.

petang ini aku mendarat di lapangan terbang soekarno hatta. pemergianku ke sini, hanya diketahui oleh rina. kau juga tidak tahu aku akan ke mari. saat ini, aku keluarkan telefon bimbitku, lalu kudail nombormu.

"hello" suaramu tetap seperti selalu, membuat jiwaku bergetaran lalu membuai perasaanku. entah kenapa sebak itu mengasak lagi.

"faris, aku ada di airport" kataku perlahan, cuba mengawal getaran suaraku dari pendengaranmu.

"airport? kau nak pergi mana?"

"aku ada di soekarno hatta" gumamku pula.

kau diam. aku pula merasakan seakan bom nuklear meledak di dalam diriku. perbuatan kau yang diam itu seakan jawapan kepada segalanya. kau yang diam itu, seakan-akan menghalau aku pulang. keadaan yang mendesak ini, tiba-tiba melahirkan satu ilham baru kepadaku.

"aku tunggu kau datang." aku pecahkan kesunyian itu dengan sebaris ayat itu sebelum aku memutuskan panggilan.

kuhela nafas perlahan-lahan, lalu aku mencari tempat untuk melabuhkan punggung. ku peluk erat beg berisi beberapa helai baju dan keperluanku itu erat-erat. aku pejamkan mataku, tidak mahu melihat semua orang yang kurasakan bagai mengejek-ngejek dan mentertawakanku.

"hanim..hanim" seseorang menggoncang bahuku perlahan. aku buka mataku. kulihat malam sudah melabuhkan tirai sepenuhnya. ah, entah berapa lama aku terlelap. kugosok-gosok mataku perlahan-lahan.

kau mengambil tempat disisiku. aku berpaling ke kanan untuk menatap wajahmu yang sangat-sangat aku rindui itu. kau mengeluh perlahan-lahan namun tidak juga kau pandang aku. entah apa yang kau pandang nun jauh di sana. sudah tidak sudikah kau memandang aku lagi? hina sangatkah aku ini? esak tangisku yang keluar kali ini, tidak dapat kutahan-tahan lagi, lalu aku mengongoi bagai kanak-kanak yang kehilangan ibunya.

tiba-tiba kau peluk aku. cinta, tidak pernah aku bayangkan kau akan memeluk aku dalam suasana seperti ini. malam itu, kemejamu basah dengan hujanan air mataku.

setelah tangisanku agak reda, kau ambil beg dipangkuanku lalu kau gengam tanganku, kau tarik perlahan. entah ke mana kau mahu bawa aku. aku sudah tidak peduli. asal kau ada, ke hujung dunia pun aku sanggup bersama.

kau bawa aku ke hotel, tidak jauh dari rumahmu, kata kau. kau daftar aku di situ, kemudian kau temani aku ke bilik. di sana kau paksa aku berbaring, lalu kau selimuti aku.

"aku keluar sekejap. nanti aku datang balik" pesanmu sebelum pergi. aku cepat-cepat menarik tanganmu, tidak mahu mengizinkan kau pergi.

"aku datang balik. aku janji. sekejap ajer aku keluar nih.." katamu sambil perlahan-lahan melonggarkan genggaman tanganku.

mungkin aku terlelap lagi agaknya kerana kali ini kau harus mengejutkan aku lagi. di tanganmu ada sepiring gado-gado.

"sedap gado-gado nih. kau makan yer" kau sua pinggan itu kepadaku, lalu kusambut.

"makan!" arahmu lembut tetapi tegas.

kusuap juga gado-gado itu lalu kukunyah perlahan-lahan. mungkin benar katamu, gado-gado itu sedap, namun deria rasaku bagai sudah tidak peduli. kau hidupkan televisyen di dalam bilik yang sedang menayangkan berita. sesekali kau mencuri pandang ke arahku, seakan mahu memastikan aku menghabiskan makanan itu. kupaksa juga diri menghabiskan makanan itu, lalu pinggan itu kuletak di atas meja berhampiran.

"malam ini kau tidurlah di sini dulu. esok aku datang lagi" katamu sambil bangkit, mahu beredar.

"faris.." serak sahaja suaraku itu.

"esok kita cakap lagi" katamu lalu kau melangkah meninggalkan aku sendirian

aku habiskan malam dengan melihat televisyen. entah apa rancangan yang aku tonton tidak aku ketahui.

kau datang pagi-pagi dengan menggendong sarapan pula. kita makan bersama dalam keadaan diam. ada sedikit keganjilan yang aku rasakan. ada sedikit suasana tegang di dalam bilik itu.

"kenapa tak tidur semalam?" tiba-tiba kau bersuara.

"ehh?"

"mata kau sembab" katamu sambil terus menyuap. aku berhenti mengunyah.

"aku tak boleh tidur. dah banyak tidur kot. kan kau jumpa aku pun, aku tengah lelap kat airport" aku cuba mencipta alasan.

"hmmm"

kukuis-kuis nasi goreng yang masih berbaki di pinggan. tiba-tiba aku jadi tidak tahu mahu bicara apa dengan dirimu lagi.

"janganlah seksa diri kau lagi hanim" kau bersuara perlahan.

aku diam. kulemparkan pandangan jauh-jauh ke luar tingkap. cintaku, tidakkah kau tahu, aku lebih terseksa tanpa kau di sisi.

"parents kau tahu kau ke sini?"

aku geleng-geleng kepala.

"siapa yang tahu?"

"rina.."

"lagi?"

aku geleng-geleng lagi.

kau mengeluh perlahan lalu kau picit-picit kepalamu perlahan-lahan.

"hanim, aku tak mahu kau begini. cuba kau tengok cermin tu" aku mengekori telunjukmu ke cermin di tepi dinding berhampiran televisyen itu.

"mata kau sembab, merah. badan kau pun dah susut" keluhmu lagi.

"hanim, aku tak mahu kau terus begini. kawal diri kau. janganlah ikutkan perasaan ajer" kau terus menasihatiku.

air mata yang mula merembes, cepat-cepat aku kesat dengan belakang tangan.

"hanim yang aku kenal kuat, bukan lembek dan menyerah kalah macam ni" sambungmu lagi.

"aku tak mahu pulang. aku mahu di sini. aku mahu bersama-sama kau. aku tak peduli!" kata-kata hati kali ini, dilafazkan oleh mulutku tanpa sebarang tapisan lagi.

"hanim.." suaramu bernada seakan mahu memujukku.

"faris..aku tak boleh hidup tanpa kau. tak boleh!" tegasku.

"tentunya kau boleh. sebabnya, aku takkan tinggalkan kau. kan aku kawan kau"

"tak mahuuu!!" aku sudah menjerit sambil menangis teresak di situ. kau diam, kehilangan kata-kata untuk memujukku lagi.

pagi ini kita jadi dua insan yang sangat berbeza. aku yang tiba-tiba menjadi degil dan menurut kata hati tanpa memberikan peluang akalku bersuara, dan kau pula kehilangan kata-kata untuk memujukku lagi. kita jadi dua insan yang jauh, walhal kita sangat dekat. kita bagai dua orang asing, dan aku lemas sendiri di sini..

Wednesday, May 24, 2006

wahai kau cinta - 6

kalau boleh aku putarkan masa, pasti aku akan kembali di masa dulu, di masa kau masih lagi di sisiku. di masa kita meluangkan setiap waktu senggang untuk duduk-duduk di tepi tasik. di saat aku merasakan hidupku lengkap, kerana kau ada. pastinya, aku akan membuat apa sahaja supaya kau juga rasa hidupmu sudah lengkap kerana kau ada aku. pastinya, kau tidak akan melafazkan kepadaku seperti yang kau telah lafazkan di petang itu, bahawa kau tak percayakan cinta. ah, pastilah kau akan percayakan cinta, jika kau mencintaiku seperti mana aku mencintaimu.

entahlah berapa lama, aku duduk di sudut bilik, menggenggam telefon itu erat-erat. entahlah cintaku. bila aku sedar, air mata ini telah kering. lalu aku dail nombor itu.

"hello.." letih sahaja suara itu menjawab.

"rina. kau dah tidur?" tanyaku perlahan.

"hanim, kenapa?" suaranya bernada bimbang.

"faris.." sebakku datang lagi.

"kenapa dengan faris? hanim? kau mahu aku ke sana?" dia cemas.

aku menarik nafas panjang, cuba membenamkan sebak ini jauh-jauh, sekurang-kurangnya untuk sejenak ini.

"takper rina. aku okay. faris, rupanya-rupanya dah berteman.." adu aku perlahan.

dia pula terdiam, lama. pastinya dia tidak menyangka. pastinya dia juga terkejut seperti aku tadi.

"aku call dia tadi. dia cakap kekasih hati dia yang jemput dia kat airport" ah cinta. perkataan "kekasih hati" itu hampir membuat aku tercekik. ah, hatiku marah, memberontak, cemburu, hiba.

"kau okay? nak aku ke sana?" tanyanya sekali lagi.

"rina, apa aku nak buat?" aku kulum sebak yang kembali mengasak jiwa.

"hmmm, kau nak buat apa?" tanyanya kembali kepadaku.

"aku..aku tak sempat nak meluahkan isi hati aku. kau rasa, perlu aku luahkan juga ker?"

"sepatutnya, kau dah luahkan awal-awal dulu" dia berkata sedikit kesal.

"apa nak buat. mana aku sangka jadi macam ni. sekarang..apa perlu aku buat?"

"telefonlah dia balik. luahkan apa yang terpendam. mungkin kurang sikit penderitaan hati kau" nasihatnya.

bagaikan terpanggil dengan perbualan kami, saat itu telefonku berdering pula. ah, pastinya kau, cintaku

"dia janji nak call aku balik. telefon rumah aku berbunyi tu. dia kot"

"angkatlah. nanti kasik lapran penuh!" arahnya kepadaku.

"baik bos" aku cuba berjenaka, walau kudengar hambar di telingaku.

"hello.." kujawab panggilan itu.

"hanim. aku call handset kau tak dapat pulak. mana pergi ha?" rungut kau dengan nada bergurau.

"ada. aku call rina kejap tadi"

"owhh" kau tertawa kecil.

"faris.." aku sudah tidak mau berbolak-balik lagi. biarlah sekarang, sementara aku masih ada sisa-sisa kekuatan.

"hmmm?"

"betul ker?"

"apa yang betul?"

"kau dah jumpa.."

saat itu kau tertawa bersungguh-sungguh. sebal hatiku mendengar kau tertawa, sekana mempermainkan perasaanku.

"betul ker?" desakku lagi.

"hmmm. tak sempat nak ceritakan pada kau. kau ingat kan, aku pernah kata, aku dah percaya pada cinta? sebab dialah aku percaya pada cinta"

ah, cintaku, kalaulah kau tahu, tiap bait ayatmu itu bagai menabur garam ke luka di hatiku. aku mahu menangis lagi. aku mahu menjerit. aku mahu menyalahkan kau, atau menyalahkan diriku, atau juga menyalahkan takdir. namun, lebih daripada itu, aku mahu kau. aku mahu kau hanya milikku..

"faris, aku harus beritahu kau sesuatu. sebelum aku hilang kekuatan"

"hmmm? serius sangat bunyinya" masih ada sisa-sisa tawa di situ.

"sebelum tu, aku nak kau tahu, walau apa terjadi, kaulah temanku, teman paling rapat. dan kau akan tetap jadi temanku sampai bila-bila"

"aku tahu" jawab kau perlahan.

"faris, aku cintakan kau.." aku berhenti di situ, tidak tahu bagaimana hendak kugubah ayat-ayat indah untuk kupersembahkan kepadamu, untuk mewakili setiap rasa di dalam hati ini. kau pula terdiam.

"kalau aku tak luahkan sekarang, aku tak tahu aku boleh maafkan diri aku ke tidak, sebab tak pernah berterus terang pada kau"

"aku tak tahu nak cakap apa" akhirnya kau bersuara.

"kenapa? macam lah rahsia sangat. takkanlah kau tak pernah tahu perasaan aku kepada kau" aku bersuara semakin perlahan.

"aku boleh agak, tapi macam mana aku nak tahu kalau kau tak pernah beritahu" tingkahmu kembali.

"hmmm"

"hanim, hati aku sudah dimiliki. pengakuan kau sudah terlambat" kau bersuara lirih.

"aku tahu faris, aku tahu. aku cuma ingin kau tahu" kata mulutku

"supaya aku tak lagi menderita menanggung rasa ini sendirian" sambung hatiku.

"hanim, aku tak tahu nak cakap macam mana lagi.." katamu perlahan. cinta, benarkah ada nada-nada sesal juga di situ?

"takperlah faris. selamat malam"

aku letak gagang telefon perlahan. sepanjang malam itu, mataku kaku memanah siling bilik. air mataku sudah kering. yang dapat kurasa hanyalah hatiku yang kian meretak..

Monday, May 22, 2006

wahai kau cinta - 5

kalau kutahu daripada dulu, betapa beratnya tanggungan hati bila jasad kita berpisah, mungkin sudah lama aku zahirkan jeritan hatiku ini. namun, pemergianmu yang tiba-tiba tidak menyediakan hati ini untuk terus terpisah. selama ini, kufikir kau akan selalu ada menemaniku.

pemergian kau untuk kali kedua dalam hidupku, benar-benar menyeksa hatiku. setelah ia digula-gulakan dengan kehadiranmu, sekali lagi kau dirampas pergi daripadanya. bila hatiku merintih hiba di malam hari, sering aku memujuknya perlahan-lahan. selalunya, aku tewas juga dengan hati ini. lalu aku biarkan sahaja malam-malamku ditemani air mata kerinduan itu. ah, entah kenapa pemergianmu kali ini semakin mendalamkan rasa rindu di dalam hatiku.

"hanim, aku dah nak naik flight ke us ni. maybe takboleh nak email/sms kau dah. area aku pergi nih remote sangat. see you when i see you lah ek"

sms terakhir kau itu, tak puas-puas aku baca setiap hari. agaknya, kalau tahu menjerit kebosanan, sudah lama telefon bimbitku ini menjerit. setiap patah perkataan itu ku renung lama-lama. setiap kali itu juga, bagai terdengar-dengar lembut nada suaramu menyampaikan pesanan kepadaku.

genap 3 minggu kau di sana, aku sudah menjadi tidak keruan. lalu akalku serasanya mahu saja akur kepada perintah hatiku. ya, aku nekad. kau pulang sahaja daripada us, akan aku sampaikan hajat hati ini. biarlah. daripada sengsara sendiri, hatiku mahu setiap denyut kesepian dan kesedihannya, sekurang-kurangnya diketahui kau.

"aku nekad nak beritahu dia" kataku kepada rina saat kami minum-minum di petang itu. rina, satu-satunya temanku yang mengetahui rahsia hatiku. rina, yang pandai-pandai membaca isi hatiku lalu memancingku untuk berterus-terang kepadanya.

"baguslah" jawab rina sepatah.

"kau tak terkejut?"

"kenapa nak terkejut? lambat laun mesti kau kasi tahu dia jugak kan?"

"hmmm" aku leka memerhati pusar air yang aku buat sendiri di dalam gelas.

"bila nak beritahu?"

aku berhenti bermain-main dengan penyedut minuman itu. aku pandang wajah rina lama-lama.

"tunggu dia balik dulu laa. macam mana nak beritahu, dah duduk dalam hutan" balasku sambil tersenyum sedikit sinis.

"hutan? biar benar"

"hehehhe, dia kata remote area, aku yang pandai-pandai kata hutan"

rina tertawa mendengar penjelasanku.

"jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang" rina berlagu pula petang itu kepada aku. aku cuma senyum-senyum sambil hati ini berdoa, semoga hatimu hanya milikku seorang.

malam ini, bila aku tahu kau sudah selamat sampai, aku cepat-cepat mencapai telefon, cuba mendail nombormu. nada dail kedengaran. aku senyum.

"hello.."ah, cinta. damainya hatiku mendengar nada suaramu itu.

"faris.." sepatah itu sahaja yang mahu keluar dari mulutku.

"hanim. aku baru jer keluar dari kastam. pandai ko bajet"

"biasa laa, dapat aura" nah, kau ketawa di hujung sana.

"seronokla ek dah balik.."

"seronokla. kangen berat sama cewek lagi" kau ketawa bersungguh-sungguh sedang jantungku saat itu bagai tidak mahu berdenyut lagi.

"hanim?" panggilmu bila aku terus menyepi.

"ermm, ada ni" aku menjawab perlahan.

"kenapa kau tiba-tiba diam pulak ni?"

"siapa yang kau katakan cewekmu itu??" tanya hatiku marah, cemburu.

"takder apa-apa" hanya itu yang terlafaz dimulutku.

"eh hanim, i call u back. dah sampai dah supir aku"

nada-nada ceria dalam suaramu itu, bagaikan bilah-bilah pisau tajam yang merobek hati ini.

"supir?"

"hehehhe. yerlah. cewekku supirku. boleh buat tajuk filem tak?" kau tertawa senang.

"hmmm, takperlah kalau macam tu. babai" lalu aku menekan punat end call itu sebelum kau dengari sedu sedan yang mulai hendak menguasai diri. kurasa setiap sendiku sudah tidak berdaya lagi berfungsi. lalu aku terduduk diam di sudut itu, membiarkan air mataku terus mengalir..