Friday, November 02, 2007

wahai kau cinta - 13

rieska hayati itu bagaikan merpati yang terbang bebas. sesekali dia singgah hinggap, lalu kemudian terbang lagi. aku yang terpesona dengan keindahannya, berusaha mecari jalan supaya dia tidak terbang lagi. kudekatinya perlahan-lahan sambil mempamerkan keindahan taman hati yang ingin kutawarkan. sedikit demi sedikit dia mendekat. kini rieska singgah hinggap di taman hatiku.

"aku sudah ngak mau terbang lagi mas" sampainya kepadaku.

"aku sudah lelah, sudah capek" dia senyum sambil memandang tepat ke arahku.

"kamu yakin?" aku meminta kepastian.

"yaa, yakinlah" katanya tanpa ragu.

aku yang kemudiannya mengurung dia di taman hatiku. dan dia bahagia dikurung begitu.

"yaa, aku kan ngak pernah menyangka aku akan bahagia begini" ujarnya sambil pura-pura melepaskan keluhan yang berat. aku ketawa besar. dia hanya tersenyum memerhatikanku. sebetulnya ketika itu, hatiku dipenuhi pelbagai warna indah. kebahagiaan tiba-tiba mengasak. juga mungkin ada riak bangga kerana akhirnya aku dapat mengurung hatinya.

lalu mau aku apakan dengannya kini?

rieska masih tidak tahu dilema yang melanda diri. dia tidak pernah bertanya atau mahu tahu kehidupan silamku. lalu aku tidak pernah bercerita kepadanya tentang dirimu. kau yang telah aku kategorikan sebagai sebahagian kisah silam. kisah-kisah sebelum aku bertemu rieska setepatnya.

rieska tidak banyak soal mengapa aku pulang ke malaysia.

"pantas aja ah kamu pulang. pastinya kamu kangen sama famili kamu kan?" itu kenyataan yang dia berikan tatkala aku bertanya, kenapa dia tidak mempersoalkan kepulanganku. aku seterusnya diam, tidak tahu mahu menyambung perbualan itu. aku juga jadi buntu tentang bagaimana harus aku memulakan cerita yang bakal meremukkan hatinya. aku tidak ingin melihat riak duka di sepasang mata indahnya.

"rieska, kamu tak takutkah kalau pacarmu yang ganteng ini digoda perempuan lain?" aku cuba-cuba bertanya nakal.

"ah kamu ini mas" hanya itu yang mampu dia ucapkan disulami dengan gelak tawa yang bersungguh-sungguh benar.

"kenapa kamu ketawa?" tanyaku tidak puas hati.

"kamu mau aku jadi cemburu?" soalnya serius sambil memandang tepat ke dalam mataku.

"mas, kamu itu bukan milik aku deh. kamu itu pantasnya dikatakan hanya milik tuhan. kalau ada pun makhluk yang mahu mengaku memilikimu, pastilah itu hanya ibumu. ya ngak?" sambungnya lagi setelah aku hanya diam.

"jadinya kamu tak kisah?" aku menyoal lagi, masih belum berpuas hati.

"mas, jodoh itu kan di tangan tuhan. tapi aku yakin deh, cinta kamu itu hanya bulat ke aku. ngak bisa di bagi2 kepada yang lain" dia senyum lalu menggenggam erat tanganku seolah2 cuba enyampaikan kepercayaannya kepadaku.

"kalau aku mencintai yang lain..?" aku cuba-cuba bertanya lagi.

"mungkin aku mati aja menunggu kamu di sini" dia menjawab dengan bersahaja. aku menelan air liur yang terasa sangat pahitnya.

dan engkau hanim, sahabat paling rapat yang pernah aku miliki. riak engkau yang aku lihat dalam diri rieska menambahkan lagi cintaku kepadanya. aku kira, memusnahkan kebahagiaan aku untuk digantikan dengan kebahagiaanmu tidaklah membawa banyak erti. nilai kasih sayangku kepada dirimu tidak tertara dengan apa yang ada pada diriku. kasih sayang yang bukan cinta itu kini membelit diriku.

elok2 semasa kita melihat2 cincin tempahan di kedai, rieska menelefoniku. entah bagaimana hati perempuannya bagai terasa-rasa ada sesuatu yang tidak kena. dari nada suaranya aku tahu
dia bimbang.

"mas, kamu sihatkan?"

"lebih daripada sihat. nanti kau lihatlah pacarmu ini sudahjadi gendut!" kataku cuba2 bercanda. kudengar dia tertawa perlahan, sekadar mengambil hatiku mungkin.

"mas, aku bimbang..."

"eh, kenapa?"

"ah, ngak apa2lah. mungkin hanya perasaanku. ah, aku ini kangen berat sama kamu" aduannya bagai anak panah yang memanah pedih hatiku. rieska, andainya kau tahu..

"itulah, aku mahu beri potretku yang besar buat ditampal di dinding kamarmu, kamu ngak mahu" aku cuba mengusik. dia ketawa di hujung sana, bunyi merdu yang aku tidak tahu apakah aku masih mampu mendengarnya lagi. saat itu mataku tertancap dengan renungan sayu yang sukar aku mengertikan daripadamu, hanim.

"err, rieska, aku lagi sibuk ni. nanti aku hubungi kamu semula ya manis. jangan nakal2 ya. daa" lalu aku cepat2 menamatkan panggilan itu.

kau seakan jauh hati denganku selepas itu. kau terus mengajak aku pulang. kau terus memanjangkan diam di dalam perjalanan pulang. aku sudah tidak tahu bagaimana hendak memujukmu, kerana hatiku sendiri luka teruk!

pandangan sayu matamu menghantar aku pergi. pandangan sayu seolah2 aku takkan kembali lagi.

tiba-tiba aku digigit keraguan dengan keputusanku sendiri.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home