Thursday, April 20, 2006

wahai kau cinta - 2

tiga bulan sesudah kepergianmu, aku terasa semakin kosong. kata orang, masa akan memudarkan segala rasa kesakitan, ah betulkah cinta? pastinya jika kau tanyakan padaku, pantas sahaja akan aku menidakkan kenyataan itu. buktinya, lihat sahaja pada diriku.

"kenapa kau sekarang ni ek? ada masalah ker?" tanya dirinya, teman pejabatku.

"eh? kenapa cakap camtu?" tingkahku.

"kau dah jarang senyum. kalau senyum pun, nampak macam ko paksa2 ajer" terangnya kepadaku.

aku senyum, namun walau aku tak mampu melihatnya, tetap dapat aku rasakan betapa hambar senyumku itu.

"nih dah senyum!" pantas aku bersuara.

"kan aku dah kata tadi, kalau kau senyum pun, nampak sangat macam terpaksa"

"ye keh? hmm, entahla. takder apa-apalah. janganla kau bimbang sangat" kataku seraya mencapai entah kertas apa yang berada di depanku dan pura-pura sibuk meneliti itu dan ini.

dia berlalu pergi sambil menggeleng-gelengkan kepala.

ah, benarkah katanya duhai cinta? benarkah aku sudah tidak lagi tersenyum seperti dahulu. bukankah kau pernah katakan padaku dulu, kau suka melihat aku, kerana walau letih walau sedih, aku masih mampu tersenyum, masih mampu melihat keindahan dalam kepedihan.

malam itu aku lihat bulan terang, penuh. aku ingin senyum seperti dulu-dulu, tapi hatiku sebak tiba-tiba.

"kau dan aku macam bulan dan matahari" katamu di suatu malam, sewaktu bulan penuh seperti ini.

"kenapa kata macam tu?" tanyaku, ingin tahu.

"kau selalu serlahkan kebaikan diriku. kau tengok, matahari kan panas, nak pandang pun tak boleh. tapi bulan pancarkan balik cahaya matahari, nampak cantik ajer. semua orang jadi suka" jawabmu perlahan sambil tersenyum comel.

aku tersenyum senang. terasa hatiku berbunga-bunga indah.

"lagi, macam matahari dengan bulan, kau dan aku banyak berbeza. kau sejuk, indah dipandang. aku panas, tak sapa suka kalau aku memancar kuat sangat" sambungmu lagi sambil ketawa kecil.

aku buat-buat berfikir sambil memandang tepat ke matamu, "jadinya..bulan tak boleh kalau tak ada matahari, kan?"

"eh, siapa kata tak boleh? kan tetap bulan dan dan matahari tu dua entiti berlainan. kalau matahari tak ada, bulan mungkin boleh memancarkan cahaya bintang lain" jawabmu sambil tersenyum.

"tapi, aku suka kau jadi matahari aku.." balasku perlahan.

"betul?" tanyamu.

aku angguk perlahan.

"kalau macam itu, aku janji, aku akan sentiasa jadik matahari kau. selalu setia menemani kau. selalu jadi sahabatmu yang terbaik, ok?"

aku senyum sedikit.

"jadi sahabat ajer ker?" bentak hatiku

"ko janji ek yang" kata mulutku yang mengucapkan sebaris ayat itu dalam nada penuh pengharapan.

waktu itu kau pandang aku lama-lama. sinar matamu tiba-tiba membuat hatiku jadi bimbang.

"aku janji, akan selalu menjadi sahabatmu" jawab dirimu.

lalu kita berdua jadi diam selepas itu. kau hantar aku pulang malam itu. setelah aku melambai-lambai dirimu, barulah kau berganjak pergi.

malam ini, agaknya buat pertama kalinya sejak 3 bulan lepas, aku benar-benar senyum dengan gembira.

"aku akan pulang ke kl minggu depan" katamu.

"eh, benar?" aku sudah tersenyum, tidak mampu aku surukkan kegembiraan ini.

"kau senyum yer? hehehhe. janganla suka sangat. aku balik pun sebab ada kursus 3 hari. ala-ala briefing sebelum aku dihantar ke US lepas tu" jawabmu sambil tertawa kecil.

"US?"

"a'ah. diorang nak hantar aku kat sana dalam 5 minggu. apa nak buat, kerja lagi dengan multinational company" katamu sambil tertawa lagi.

aku cuma diam.

"hanim?" panggilmu.

"kita keluar dinner sama malam esok?" pantas aku mengeluarkan usul itu.

"hmmm. tengoklah kalau aku takder kerja penting" balasmu enteng.

aku diam, lebih lama kali ini.

"hanim, janganlah macam tu. aku cuba yer. tapi macam mana aku nak janji, kalau aku pun tak tahu lagi.." pujukmu.

"aku tak kira! aku dah tak sanggup menggalas lagi beban kerinduan ini!" jerit hatiku.

"kau cuba yer.." kata mulutku perlahan.

"mestilah" janjimu pada diriku malam ini.

dengan janjimu itu, malam ini aku akhirnya tersenyum riang, sambil memangkah kalendar, membilang hari, menanti kepulanganmu ke pangkuanku, sekurang-kurangnya untuk sementara waktu ini..

Wednesday, April 12, 2006

wahai kau cinta - 1

ah, di mana kau cintaku saat ini? apakah kau juga merenung langit seperti aku, yang cuba mencari bayang-bayangmu di situ. ya, semalam aku masih lagi dengan rutinku, duduk-duduk mengadap tasik. yang berbezanya, kau tidak lagi disisiku.

"panas yer hari ni"

ya, sepanas hati ini yang merindui kamu.

"hmmm, mana suami?"

aku tersentak. oh, jauhnya fikiranku terbang, cuba merentasi laut, cuba mencari kamu, barangkali. aku pandang dia yang senang-senang melabuhkan punggung di sebelahku, ditempat yang aku simpan untukmu. ingin aku katakan, itu tempatmu, namun cepat2 pula aku tersedar, kau takkan datang petang itu. kurenung lama wajah dia, yang seakan-akan pernah kulihat.

"awak ibu..."

"ya, saya ibu aziq, yang suami awak dukung hari tu" jawabnya sambil tersenyum.

"suami..?" berkerut-kerut sebentar aku memikirkannya. lalu wajahmu menjelma. aku tertawa, pertama kali sejak seminggu lalu, sejak pemergian kamu.

"dia kawan saya, bukan suami saya" jawabku sambil tersenyum.

"ah, maafkan saya. tapi kamu nampak mesra. nampak secucuk sangat, macam husband and wife" kata dia, membuat aku senyum kembali. benarkah sayang? benarkah kita semesra itu?

"eh, itu aziq dan suami saya dah datang. saya pulang dulu ya. oh ya, saya fiqah" katanya sambil menghulurkan tangan. ku sambut hulurannya.

"hanim"

"okla hanim, jumpa lagi nanti" lalu dia bangun meninggalkan aku di situ, meninggalkan aku bersama memori kamu.

sejak petang itu, aku sudah tidak ke tasik itu. kerana aku sudah tak sanggup memerhati karenah manusia bersendirian. juga sudah jelak memerhati kawanan itik yang berenang-renang di situ. juga sudah jemu melihat riak-riak ikan. aku juga tak mahu bertemu lagi aziq dan ibunya. aku tahu, jika diajukan lagi persoalan tentang kamu, pastinya air mata ini akan menuruni pipiku.

ya, aku tahu, walau aku tidak ke sana, malam-malamku biasanya ditemani air mata. ya, hanya air mata dan kesepian ini yang setia menemani hari-hariku.

"call lah aku bila-bila kau suka. ini nombor aku" pesanmu di dalam e-mail, 3 hari setelah kau tiba di jakarta. namun entah kenapa sebahagian hatiku yang ego, masih enggan berbuat demikian. selebihnya, aku takut. aku takut aku akan menangis lama-lama saat aku mendengar suara yang sangat-sangat aku rindui itu.

malam ini, aku merenung telefon lama-lama.

"call ajerla!" marah hatiku yang sudah tidak tahan merinduimu. lalu aku akur.

"hello.."

"hai sayang. aku fikir kau dah lupakan aku. asyik lagi memerhatikan kawanan itik itu yer sampai lupakan aku yang jauh ni?" jawabnya sambil tertawa kecil.

aku senyum, membayangkan kau tertawa. hatiku berbunga-bunga senang mendengar panggilan "sayang" yang datang darimu.

"hehehe. dah tak pergi ke tasik lagilaa. mana aku tau apa khabar itik-itik tu"

"eh, dah tak ke tasik? kenapa?"

"kerana kau tiada di situ" jawab hatiku pantas.

"hmm, sibukla sekarang. malas pulak nak pergi" jawab mulutku.

"ingatkan sebab aku takder kat situ" jawabnya sambil tertawa lagi.

"eleh, perasanla tuh" tingkahku, sedangkan mukaku mula merona merah.

"yang.." panggilmu lembut.

"ermm, ya?"

"kau blushing ker?"

aku terus kelu mendengar soalanmu, dan nun jauh di sana, kau tertawa bersungguh-sungguh. ah, cintaku, sesungguhnya kau memang cukup mengenali aku.

"eh, dahla. aku call bukan nak suruh ko sakat aku tau!" aku pura-pura memarahimu.

"ok ok. aku tau. kau call aku sebab kau rindukan aku, betul tak"

ah, cintaku, memang betul setiap telahanmu itu.

"faris!"

"opss, sorry sorry. janganlah marahkan aku sayang" pujukmu dalam tawa yang masih tersisa.

"hmmm. so, how's jakarta? how's life?"

"jakarta ok. cewek-ceweknya keren sekali. waduh, aku sudah terkena panahan asmara ni"

"ye ker?" jawabku tanpa dapat mengawal nada cemburu daripada pendengaranmu.

"kau jeles yer?" tanyamu sambil tertawa lagi.

"ah, sudahlah. lama aku call kau nih. mati nak bayar bil" pintasku, geram dipermain-mainkan begitu.

"janganlah macam nih. kau ni, sentitif betul"

"hmmm. oklah faris, take care" lalu aku pantas menekan punat end call.

tidak lama kemudian telefonku menjerit. aku tidak peduli kerana masih geram kepadamu. tiba-tiba berbunyi nada sms pula. aku capai telefon.

"kau marahkan aku? sorry ek.."

ah, kenapa tiba-tiba kemarahanku surut sendiri? kenapa aku tidak seperti orang lain, yang bisa membawa rajuk lama-lama. lalu malam itu, aku terlena dengan sekuntum senyuman..

Sunday, April 09, 2006

wahai kau cinta - prolog

kalau kau tanyakan kepada diriku, siapa yang paling kucinta? pastinya tanpa berfikir panjang, mulut ini akan menjawab "kamu!". sepatah itu. yakin. tanpa ragu. manakan bisa datang keraguan, kerana setiap degup jantung ini hanya melagukan namamu. bila setiap senyummu kudambakan setiap saat, setiap ketika.

namun kau tidak pernah pula menanyakan hal itu kepadaku. kukira kau mengerti. kukira setiap kali mata ini menikam sepasang mata milikmu, telah kau baca cinta yang tertulis di situ.

kita tetap di situ, seperti semalam, seperti kelmarin, seperti dulu-dulu, seperti biasa. kita duduk mengadap tasik yang tenang, yang sesekali diganggu riak ikan atau sesekali dikocak oleh sekawan itik yang selalu ada di situ. aku gemar memerhatikan manusia yang lalu lalang, dengan pelbagai karenah, atas pelbagai urusan, dan aku tahu kau juga begitu. kau gemar menyedut rokokmu dalam-dalam dan menghembuskan asapnya ke atas (supaya tak terkena aku, jawab kau bila kutanya mengapa hembus ke atas), dan aku suka memerhati asap-asap itu terbang bebas ditiup angin.

kadang-kadang kita duduk sambil bercerita hal-hal biasa. sesekali kita berbicara hal-hal yang luar biasa juga. selalunya kita hanya duduk diam di situ, berkomunikasi tanpa bersuara.

"aku tak percaya pada cinta" kata kau kepadaku di petang itu.

"hah? kenapa cakap macam tu?"

kau tidak lagi meneruskan ayatmu itu. aku pula berat hati mahu menanyakanmu. adakah kau pernah dikecewakan, sehingga begitu sekali pandanganmu tentang cinta? kau masih lagi diam. lalu buku ditanganku kau rampas. kau terus membaca tanpa memperdulikan aku yang merenung seraut wajahmu, cuba untuk mencari jawapan.

suara anak kecil tertawa mencuri perhatianku daripadamu. kulontarkan pandangan ke kanan, lalu ku perhatikan anak itu yang baru pandai berlari, terkekek-kekek tertawa sambil berlari menuju ke arah kita. aku senyum. tapi, tiba-tiba..

dia jatuh, betul2 di depan kau. aku yang mengira kau masih leka dengan buku itu, cepat2 bangun namun kau lebih pantas lagi. kau dukung anak itu, kau kesat air mata yang mengalir di pipinya sambil kau belek-belel tapak tanganya mencari kesan luka. kau pujuk dia sambil mengusap-ngusap belakangnya. kau hulurkan tanganmu kepadaku. seperti biasa, aku tahu apa kau inginkan, lalu aku menyeluk poket mengeluarkan gula-gula. kuhulurkan kepadamu.

nah, dia sudah berhenti menangis. ah, manis sungguh raut wajah itu. kau agah-agah pula dia, dia tertawa mengekek, dan kita turut ketawa.

"maafkan saya. anak saya nih memang camni. dah pandai berlari nih, kalau dah sampai ke taman, laju ajer dia lari. nak kejar pun dah tak larat nih.."

kita dikejutkan oleh ibu anak itu. ibu muda yang manis, yang sudah tidak larat mengejar anak itu lagi kerana didalam dirinya ada adik kepada anak itu. ibu muda itu mengulurkan tangan ke arahmu. pantas saja anak itu melompat ke dukungan ibunya

"errr, boleh ker tuh?"

"takper, saya datang dengan ayahnya. tadi ayahnya ke sana kejap, belikan aiskrim. tu pun dia" panjang muncung ibu muda itu menunjuk arah suaminya berada.

aku senyum sambil mencuit pipi anak itu.

"babai uncle dengan auntie" arah ibu muda itu. anak itu melambai-lambai kami sambil tersenyum malu-malu. aku melambai kembali seraya melabuhkan punggung ke sisimu yang sudahpun mencapai buku kembali dan meneruskan pembacaanmu.

"pandai kau layan budak-budak ek? baru aku tahu. bolehlah ni.." sengaja tidak aku habiskan ayat itu. kupandang dirimu yang asyik dengan buku itu. setelah lama kau tidak menjawab, aku tidak lagi mengganggumu. aku lemparkan pandangan ke sana dan ke sini, cuba menghalau kebosanan yang mula hendak bertamu.

"lambat lagi" tiba-tiba kau bersuara memecahkan keheningan itu.

"aaaaa? apa dia?"

"lambat lagi aku nak kahwin. kalau boleh ada anak tak payah kahwin, boleh jugak"

kau senyum nakal sambil memandang tepat ke arahku. sepasang lesung pipit memaniskan lagi senyuman itu. aku terasa mukaku merona merah, lalu aku larikan pandanganku ke arah tasik pula. kau tertawa terbahak-bahak dan membuatkan aku menjadi geram. aku bangun.

"aku nak balik. dah nak malam nih. esok pulak la"

tanpa menunggu jawapan, aku mengatur langkah diiringi gelak tawamu. lalu aku turut sama senyum di petang itu, walau tanpa kau menjadi saksinya. kalaulah kutahu, itu petang terakhir kita di situ, pasti aku akan duduk lebih lama. biarlah matahari beradu dulu, aku takkan melangkah pulang.

petang ini, kerana hari hujan, kita tidak duduk di tepi tasik. kita beralih duduk di restoran berhampiran sahaja. aku memesan abc walau dilarang oleh kau.

"hujan-hujan nak jugak makan abc"

aku buat tak tahu sambil menyudu abc perlahan-lahan ke dalam mulut.

"uhuk uhuk"

"haaaa, kan aku dah cakap.."

"huh, aku batuk bukan sebab makan abc laaa. sebab banyak sangat hisap asap rokok kau la nih!"

lalu kau sambut ayat aku dengan gelak tawamu itu. aku tersenyum senang, bahagia memerhatikan seraut wajah yang aku cintai.

"minggu depan aku ke jakarta"

"outstation? berapa lama? hmmm, bolehlah nak kirim-kirim barang ek?" balasku sambil menguis-nguis isi abc.

"tak tahulagik. 5 tahun kot. atau 10 tahun. entahlah"

aku berhenti menguis abc. aku tenung kau yang sedang menyalakan api rokok itu lama-lama.

"maksud kau..?"

"syarikat hantar aku ke sana. ada kekosongan kat sana. urgent"

aku tunduk dan kembali menguis-nguis isi abc sambil cuba menghalang air mata yang mula mengasak-ngasak ingin keluar membanjiri sepasang mataku.

"kenapa kau macam sedih sangat aku nak pergi ni?"

aku terdiam sejenak, cuba menimbang-nimbang jawapan yang sesuai untuk diberikan kepadamu.

"kerana aku cintakan dirimu. mana mungkin aku hidup tanpa kamu" kata hatiku.

"kau kan kawan aku. mestilah aku sedih kalau kau jauh. sapa lagi nak teman aku melepak tepi tasik?" kata mulutku.

"alaaa, bukannya aku takkan balik-balik sini dah. kalau aku balik, kita melepakla lagi.."

"janji?"

"janji"

petang ini, kau lihat aku tersenyum saat kau melangkah meninggalkan aku, sedangkan hatiku menangis meraung tanpa sedarmu...