Wednesday, April 12, 2006

wahai kau cinta - 1

ah, di mana kau cintaku saat ini? apakah kau juga merenung langit seperti aku, yang cuba mencari bayang-bayangmu di situ. ya, semalam aku masih lagi dengan rutinku, duduk-duduk mengadap tasik. yang berbezanya, kau tidak lagi disisiku.

"panas yer hari ni"

ya, sepanas hati ini yang merindui kamu.

"hmmm, mana suami?"

aku tersentak. oh, jauhnya fikiranku terbang, cuba merentasi laut, cuba mencari kamu, barangkali. aku pandang dia yang senang-senang melabuhkan punggung di sebelahku, ditempat yang aku simpan untukmu. ingin aku katakan, itu tempatmu, namun cepat2 pula aku tersedar, kau takkan datang petang itu. kurenung lama wajah dia, yang seakan-akan pernah kulihat.

"awak ibu..."

"ya, saya ibu aziq, yang suami awak dukung hari tu" jawabnya sambil tersenyum.

"suami..?" berkerut-kerut sebentar aku memikirkannya. lalu wajahmu menjelma. aku tertawa, pertama kali sejak seminggu lalu, sejak pemergian kamu.

"dia kawan saya, bukan suami saya" jawabku sambil tersenyum.

"ah, maafkan saya. tapi kamu nampak mesra. nampak secucuk sangat, macam husband and wife" kata dia, membuat aku senyum kembali. benarkah sayang? benarkah kita semesra itu?

"eh, itu aziq dan suami saya dah datang. saya pulang dulu ya. oh ya, saya fiqah" katanya sambil menghulurkan tangan. ku sambut hulurannya.

"hanim"

"okla hanim, jumpa lagi nanti" lalu dia bangun meninggalkan aku di situ, meninggalkan aku bersama memori kamu.

sejak petang itu, aku sudah tidak ke tasik itu. kerana aku sudah tak sanggup memerhati karenah manusia bersendirian. juga sudah jelak memerhati kawanan itik yang berenang-renang di situ. juga sudah jemu melihat riak-riak ikan. aku juga tak mahu bertemu lagi aziq dan ibunya. aku tahu, jika diajukan lagi persoalan tentang kamu, pastinya air mata ini akan menuruni pipiku.

ya, aku tahu, walau aku tidak ke sana, malam-malamku biasanya ditemani air mata. ya, hanya air mata dan kesepian ini yang setia menemani hari-hariku.

"call lah aku bila-bila kau suka. ini nombor aku" pesanmu di dalam e-mail, 3 hari setelah kau tiba di jakarta. namun entah kenapa sebahagian hatiku yang ego, masih enggan berbuat demikian. selebihnya, aku takut. aku takut aku akan menangis lama-lama saat aku mendengar suara yang sangat-sangat aku rindui itu.

malam ini, aku merenung telefon lama-lama.

"call ajerla!" marah hatiku yang sudah tidak tahan merinduimu. lalu aku akur.

"hello.."

"hai sayang. aku fikir kau dah lupakan aku. asyik lagi memerhatikan kawanan itik itu yer sampai lupakan aku yang jauh ni?" jawabnya sambil tertawa kecil.

aku senyum, membayangkan kau tertawa. hatiku berbunga-bunga senang mendengar panggilan "sayang" yang datang darimu.

"hehehe. dah tak pergi ke tasik lagilaa. mana aku tau apa khabar itik-itik tu"

"eh, dah tak ke tasik? kenapa?"

"kerana kau tiada di situ" jawab hatiku pantas.

"hmm, sibukla sekarang. malas pulak nak pergi" jawab mulutku.

"ingatkan sebab aku takder kat situ" jawabnya sambil tertawa lagi.

"eleh, perasanla tuh" tingkahku, sedangkan mukaku mula merona merah.

"yang.." panggilmu lembut.

"ermm, ya?"

"kau blushing ker?"

aku terus kelu mendengar soalanmu, dan nun jauh di sana, kau tertawa bersungguh-sungguh. ah, cintaku, sesungguhnya kau memang cukup mengenali aku.

"eh, dahla. aku call bukan nak suruh ko sakat aku tau!" aku pura-pura memarahimu.

"ok ok. aku tau. kau call aku sebab kau rindukan aku, betul tak"

ah, cintaku, memang betul setiap telahanmu itu.

"faris!"

"opss, sorry sorry. janganlah marahkan aku sayang" pujukmu dalam tawa yang masih tersisa.

"hmmm. so, how's jakarta? how's life?"

"jakarta ok. cewek-ceweknya keren sekali. waduh, aku sudah terkena panahan asmara ni"

"ye ker?" jawabku tanpa dapat mengawal nada cemburu daripada pendengaranmu.

"kau jeles yer?" tanyamu sambil tertawa lagi.

"ah, sudahlah. lama aku call kau nih. mati nak bayar bil" pintasku, geram dipermain-mainkan begitu.

"janganlah macam nih. kau ni, sentitif betul"

"hmmm. oklah faris, take care" lalu aku pantas menekan punat end call.

tidak lama kemudian telefonku menjerit. aku tidak peduli kerana masih geram kepadamu. tiba-tiba berbunyi nada sms pula. aku capai telefon.

"kau marahkan aku? sorry ek.."

ah, kenapa tiba-tiba kemarahanku surut sendiri? kenapa aku tidak seperti orang lain, yang bisa membawa rajuk lama-lama. lalu malam itu, aku terlena dengan sekuntum senyuman..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home