epilog
kawan, hal cinta, kasih sayang serta jodoh, semuanya misteri tuhan. saya senyum sendiri selepas monolog itu bermain di fikiranku. ah, ada gaya seperti andrea hirata! kupandang hujung jari yang masih merah. kemudian aku curi-curi memandang ke sebelah. dia masih leka memerhatikan awan yang berkepul-kepul, saling tak tumpah seperti gula-gula kapas di luar pesawat.
dia menoleh setelah sedar diperhatikan olehku. aku senyum malu, ditangkap basah begitu. dia balas senyumanku lalu kurasakan hatiku hangat tiba-tiba.
ah, cinta. misterinya! 3 tahun dulu, jangan ada siapa-siapa berani membangkang diriku, bila aku katakan aku takkan mencintai siapa-siapa lagi. biarlah aku hidup sendiri. biarlah setiap garisan luka di hati, aku rawat sendiri.
tapi tuhan itu kan maha penyayang. Dia gantikan kau dengan dia yang disebelahku saat ini. dirinya dengan dirimu, tiada persamaan. anehnya, aku terjerumus lagi dalam-dalam. tapi aku bahagia lemas begini. aku bahagia dicintai dirinya.
"kawan awak jemput kita nanti ek?" dia memecah kesunyian.
aku angguk, senyum, dan memandang tepat ke matanya. biarkan aku hanyut dalam sorotan matanya. dia kembali melempar pandangan ke luar.
3 tahun.
aku mengambil masa hampir selama itu juga untuk pasrah dengan ketentuan tuhan. pasrah yang tuhan tidak tuliskan namamu dan namaku bersama-sama. pasrah kau menjadi milik mutlak seorang isteri, dan perempuan itu bukannya aku.
kau katakan padaku, kau tidak benci padaku. kau meminta maaf dari sudut hatimu yang paling dalam. kau tambah lagi, jika boleh kau mahu ambil setiap pedih luka di hati. air mataku makin laju saat kau lafazkan kata-kata itu.
"dah nak sampai dah" dia memecahkan lamunan masa silamku.
aku lemparkan pandanganku ke sebahagian daratan yang kian hampir. aku capai cermin di dalam beg lalu menelek setiap inci mukaku.
"cantik dah tu" katanya sambi mengambil cermin dari tanganku.
dia yang tahu isi hatiku yang gelisah dengan saat pertemuan yang kian hampir. dia yang tahu kau pernah kucintai sepenuh hati. dia yang mendengar aku menangisi nasib diri dan diam bila aku meluahkan semua kepedihan di hati. dia yang anehnya, sayangkan diriku walau tahu semua kisah silam itu.
dia senyum lagi, seakan tahu senyumannya adalah penawar setiap resah dalam hatiku. dia tiada lesung pipit yang sangat aku sukai pada dirimu, tapi senyumannya tidak pernah gagal menghangatkan hatiku. kukira, itu jauh lebih bermakna.
kami mendarat juga di jakarta. bumi bertuah yang menemukan kau dengan perempuan yang berjaya merebut cintamu. ya, aku juga menyatakannya bertuah. kerana kesudahannya, tuhan temukan aku pula dengan dia, penawar hatiku.
"hanim!" ahh, suara yang pernah kurindui.
aku berpaling dan kau ada di situ. disisimu, ah manisnya seorang rieska, tersenyum bahagia di sisimu. tiba-tiba dia meraih tanganku, lalu menggenggam erat. ah, dia yang tahu sahaja membaca riak hatiku. kehangatan genggamannya memberikan rasa bahagia. aku benar-benar yakin saat itu. kau tidak lagi ada dihatiku.
terima kasih tuhan...